matrikulasi

Assalamualaikum and hi :)

Aku dulu budak Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) batch 2016/2017 dan aku budak Sains Modul 1 PST (Program Satu Tahun). Baru-baru ni aku asyik ditanya matrikulasi, baik daripada golongan mak-mak sampailah ke golongan sepupu sepapat menanya soalan yang sama. Maka dengan itu, tertimbullah idea nak menulis dekat blog, JENG JENG JENG !

okay..tetiba aku takda idea nak cakap apa... (-_-').
macam ni la..aku akan cakap berkenaan matrikulasi ni secara general dulu..pasal kolej aku akan tulis dalam post lain supaya tak bercampur aduk. So yeah..Happy reading :D
_________________________________________________________________________________

1. Kos Sains dan Kos Akaun
Ada dua kos ditawarkan dekat matrikulasi ni; kos sains dan kos akaun.

untuk masuk kos sains, korang kenalah belajar subjek Kimia, Fizik/ Biologi. untuk kos akaun pulak, tak kesah la korang belajar sains ke akaun dulu..kau layak buat permohonan masuk kos akaun. 
apapun, tak kiralah kos Sains ke akaun ke, korang WAJIB ambik Addmath masa SPM dulu sebab ni syarat kelayakan masuk matrik.

Secara UMUMnya, kos sains akan balik pukul 5 petang and budak akaun akan balik jam 4:30.

Kos sains ada program setahun dengan dua tahun meanwhile kos akaun ada program setahun sahaja (refer to point no. 2)

Kos Sains ada 3 jenis modul dan akaun ada 1 jenis sahaja. (refer to point no.3 )

2. Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)
Dalam matrikulasi, ada dua jenis yang ditawarkan iaitu PST dan PDT.

Untuk PST, macam yang dah tertulis dalam namanya, program ini berlangsung dalam tempoh satu tahun sahaja atau bersamaan dengan 2 semester.

Untuk PDT pulak, program ni makan masa 2 tahun, sama dengan 4 semester.

Ada banyak lagi beza antara kedua dua ni selain daripada tempoh pembelajaran dan percayalah cakap aku, aku dapat soalan ni banyak gila.
Perbezaan yang lainnya adalah...bilangan topik dipelajari dalam satu semester.
Contohnya, kalau PST, subjek Matematik katakanlah ada 10 topik untuk semester 1. Kalau PDT pulak, subjek Matematik akan ada separuh daripada jumlah topik untuk student PST. kiranya subjek Matematik semester 1 untuk PST ada 10 topik manakala PDT pula ada 5 topik. So kat sini korang boleh nampak kan kenapa PST lagi cepat habis daripada PDT? 

Selain tu, daripada segi jadual pembelajaran.
Student PST akan habis kelas pukul 4:30 petang (untuk student akaun) atau pukul 5 petang (untuk student sains). Yang ni secara umum eh..memang kadang-kadang ada hari yang akan balik awal tapi benda ni jarang-jarang berlaku di matrik ye anak-anak..
Untuk student PDT, diorang akan balik jam 1:30 tengahari.
TAPI...kedua-dua PST dan PDT akan start kelas pukul 8:00 pagi.
Disclaimer : ini senario yang berlaku kat KMK, dekat kolej matrik lain, aku tak pasti.

Lagi satu, PDT hanya ditawarkan untuk pelajar kos sains. Untuk pelajar akaun, hanya ditawarkan PST sahaja.

Last sekali, daripada segi exam..PST memang belajar banyak topik dalam satu semester berbanding PDT tetapi, soalan exam PDT lagi mendalam sebab student dia kena berfokus untuk setiap topik-topik yang sikit tu memandangkan peratusan markah untuk paper tu sama ja antara PST dan PDT. Ahh susahnya nak terang..aku  harap korang pahamla..tak paham boleh tanya kat comment section kayy.

3. Modul
macam yang aku cakap kat atas tadi,  kos akaun ada 1 jenis modul sahaja manakala kos sains ada 3 jenis modul berbeza.

aku tak expert sangat pasal kos akaun tapi yang aku tau jumlah subjek wajib dia dalam satu semester sama je macam kos sains iaitu 4.
I. Matematik 
II. Akaun
III. Ekonomi
IV. Pengurusan Perniagaan

untuk kos sains, ada modul 1, modul 2, dan modul 3. ketiga-tiga modul ni ada PST dan PDT. Yang membezakan diorang ialah subjek yang ditawarkan.

Modul 1 :
I. Matematik
II. Kimia
III. Fizik
IV. Biologi

Modul 2:
I. Matematik
II. Kimia
III. Fizik
IV. Sains Komputer

Modul 3:
I. Matematik
II.Kimia
III. Biologi
IV. Sains Komputer

sebelum aku terlupa, penting untuk aku cakap yang matematik untuk akaun dengan sains berbeza ye. mathematik untuk akaun is more to business calculation thingy while for science is more suitable for experiment and stuff. ni kata kawan aku yang genius math kat matrik la... aku yang noob math ni mana nak sedar penggunaan super basic calculus ni kat mana.

oh ya...modul-modul ni ditentukan berdasarkan pengiraan merit ye kawan-kawan.. sama jugak macam penentuan PST atau PDT. pengiraan ni berdasarkan result SPM. tapi, kalau korang tak puas hati, korang boleh isi borang tukar modul atau tukar kos (Sains kepada Akaun) dekat pejabat HEP. Selalunya, permohonan akan diterima je oleh pihak HEP. Penentuan PST/PDT diberitahu dalam surat tawaran dan kalau penentuan modul diberitahu beberapa hari selepas pendaftaran dekat matrik. biasanya masa hari terakhir orientasi.

kalau dari segi stress..belajar apa pun mesti ada stressnya ye dok? tapi kalau ikut pemerhatian aku dan kebanyakan pemerhatian orang lain jugak, modul 1 la yang paling kuat tekanan dia..jadual paling penuh dengan subjek yang berat. but worry not, anything is possible bak kata oghang..

4. Pendaftaran
yuran pendaftaran masuk matrik ialah RM500++ tak silap aku. tapi untuk lagi selamat perbelanjaan kewangan kau, sediakan lebih sikit untuk borang perjanjian, tangkap gambar, printing borang, setem hasil apa bagai,. benda basic gini memang nampak simple tapi untuk orang susah..even a penny matters tahuu.

lagi satu, yuran ni RM500 ni bayar sekali je masa hari pendaftaran. Benda ni dah termasuk dengan asrama, yuran belajar apa bagai. Baju sukan matrik disediakan jugak. Makan pulak idoklee..makan kena tanggung sendiri. 

5. Buku
untuk buku ni...aku dengar cerita senior atas aku dapat buku. masa tahun aku pulak, kitorang kena beli buku daripada lecturer. buku tu macam compilation of slides yang digunakan masa kuliah. memang so very beneficial gituhh. series series. buku dia memang tip top.

Tapi aku dengar adik aku yang batch tahun 2018/2019 pulak cakap, buku tak disediakan langsung. meaning korang kena beli buku sendiri. kalau dekat KMK, buku rujukan untuk student matrik ada dijual di koperasi tapi kalau nak lagi banyak pilihan, boleh la cari kat internet atau kedai-kedai buku kat luar...MPH ke Popular ke Kedai Buku Pak Samad ke..

6. Elaun
Elaun memang part best kat matrik. Elaun diberi secara bulanan. masa aku duluu, setiap student akan diberi elaun sebanyak RM250 setiap bulan. Tapi sekarag ni, elaun diberi mengikut pendapatan isi rumah a.k.a gaji keseluruhan mak ayah kau. aku tak ingatlah berapa, tapi kiranya kalau gaji mak ayah kau lebih daripada jumlah tersebut, kau dikira tak layak untuk dapat elaun tu. Tapi jumlah tu tinggi gila sebenarnya. so kalau korang memang super duper kaya barulah tak dapat elaun tu.

Elaun selalunya cepat je masuk sebab staf matrik buat kerja memang efisien. kat sini jugak aku nak pesan, masa awal-awal masuk matrik, tolonglah settlekan semua dokumen peribadi yang diminta sebab benda-benda ni la yang diperlukan untuk proses bagi elaun kat student. kalau dalam seribu orang student kat satu kolej tu ada 100 yang lambat sediakan maklumat diri, tak ke susah untuk staf kolej buat kerja? Tak pasal satu kolej lambat dapat elaun.

_________________________________________________________________________________
Perghhhh penatnya aku menaip ni. Aku rasa dah cukup detail la ni aku tulis. harap sangat dapat membantu korang (itupun kalau ada orang baca hahahah). in case korang nak tanya apa-apa...just drop the question in the comment section below or for a faster reply, boleh tanya dekat twitter @nabilah_baihaqi 

InsyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan tulis lagi pasal matrik okay. Terima kasih kerana sudi membaca :)





Comments

  1. Kak klau dr segi exam tough x? Kalau dbndingkan dgn form 6 mna lagi sussah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply. bagi saya dua-dua susah tapi atas sebab yg berbeza. kalau stpm susah sebab contents dia lagi mendalam. kalau matrik pulak susah sebab dia fast track. so kita maybe tak cukup masa nak faham sepenuhnya semua topik before exam. tapi kalau nak dibandingkan kertas exam semata-mata, maybe stpm lagi susah kot. ni pendapat saya je la. :)

      Delete
  2. pd pendapat akak...Pst atau pdt yang mane lebih baik..??

    ReplyDelete

Post a Comment